NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Apa Fokus Pemimpin Politik Sebenarnya?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Sepatutnya, ketika negara berdepan pandemik dan krisis ekonomi seperti hari ini, semua pihak bersatu padu untuk meminimakan impak pandemik dan membantu kesusahan rakyat semua peringkat.

2) Maka seharusnya, pihak kerajaan fokus kepada halatuju kesihatan rakyat serta kemampanan ekonomi, manakala pihak pembangkang atau komponen-komponen dalam kerajaan memberikan sokongan penuh kepada setiap keputusan kerajaan.

3) Saya melihat, PAS dan GPS memberikan sokongan penuh kepada kerajaan PN bukan sahaja atas dasar "tanpa DAP dan AMANAH", tetapi juga bagi menjaga kestabilan kerajaan supaya kerajaan dapat berkhidmat dengan fokus terhadap halatuju meminimakan impak Covid19 dan memacu ekonomi negara serta membantu kesusahan rakyat.

4) Tetapi, parti selain PAS dan GPS, kelihatannya tidak mengendahkan objektif utama untuk mendepani pandemik dan krisis ekonomi. Yang ada bersuara mungkin secara individu, tidak mewakili parti secara generalnya.

5) PH sebagai pembangkang sudah pasti dengan kerjanya membangkang. Manakala UMNO/BN yang membentuk koalisi bersama PN pula kelihatannya cuba menggugat kestabilan kerajaan TS Muhyiddin dengan pelbagai tekanan dan syarat-syarat.

6) Puncanya adalah PPBM yang merupakan komponen PN buat kerja yang menyebabkan parti-parti lain curiga dan tidak berpuas hati. PH memang sudah lama tidak berpuas hati sejak tumbangnya kerajaan PH. Manakala UMNO/BN juga tidak berpuas hati disebabkan ego dan berlagaknya beberapa pemimpin PPBM.

7) Maka dengan itu terjadilah usaha-usaha yang menunjukkan ketidak-sepakatan dalam kerajaan PN. Rentetan konfrontasi UMNO dengan PPBM dalam PN, PAS juga turut diserang kerana dilihat sebagai menyebelahi PPBM dan PN, tidak menyebelahi UMNO dan MN.

8 ) Sebenarnya, PAS menyebelahi MN dan PN. Dalam keadaan kritikal majoriti tipis hari ini, PAS menyokong kerajaan TS Muhyiddin dan PN atas dasar mahu kerajaan yang stabil demi rakyat. Prinsip PAS ini mungkin disalah tafsir oleh UMNO sebagai menyebelahi PPBM, dan turut disalah tafsir oleh PPBM sebagai menyokong apa saja yang PPBM buat.

9) Secara amnya, PAS sedang dituduh sebagai gila kuasa dan jawatan kerana mempertahankan PN. Dituduh oleh cybertrupers UMNO/BN dan dituduh juga oleh cybertrupers PH. Walhal PAS mahu pertahan kestabilan kerajaan supaya rakyat tidak disusahkan lagi sebagaimana rakyat Sabah disusahkan dengan berlakunya PRN Sabah baru-baru ini.

10) Adakah PAS hanya baru menggunakan prinsip menyokong kerajaan dan kepimpinan TS Muhyiddin sejak dapat jadi menteri? Tidak, PAS sudah pun pernah menyokong kepimpinan Tun Mahathir ketika PH mentadbir. Tujuannya adalah untuk kestabilan politik.

11) Apabila kita tanya kepada semua ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang, masing-masing sembang sahaja mengatakan kita perlu utamakan rakyat dan baiki ekonomi negara secepat mungkin. Tetapi masing-masing juga saling membantai antara satu sama lain.

12) Kerajaan dengan scheme of thing-nya. Pembangkang dengan membangkang dan membilang numbers-nya. Saya andaikan, jika bukan kerana menjaga kestabilan kerajaan, PAS pun ada banyak isu untuk bedil PPBM. Tetapi kerana tidak mahu mengheret kepada perpecahan komponen kerajaan, PAS masih cuba bertahan. Cuma saya nampak dari luaran sahaja. Setakat-mana penyelesaian dalaman antara PAS dan PPBM, saya tak tahu.

13) Jika kerajaan PN terbarai, kita akan hadapi kemelut politik lagi sekali sebagaimana bulan February baru-baru ini. Mungkin krisinya lebih teruk kerana barangkali akan berpecah kepada tiga hingga empat koalisi jika keadaan memburuk. Pertembungan empat penjuru lebih memeningkan rakyat, walaupun saya boleh kata "Bring it on šŸ˜ˆ".

Sekian

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo