NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMMAH Buat Laporan Polis Kepada Anwar.



1. Gerakan Pembela Ummah telah meneliti kenyataan Ds Anwar Ibrahim dan juga kenyataan yang telah dikeluarkan daripada Istana Negara.

2. Pertemuan selama 25 minit yang digambarkan kepada media dan rakyat mengesahkan bahawa Anwar mendakwa mempuyai bilangan majoriti Ahli Parlimen dan juga mendakwa Tan Sri Muhyiddin telah hilang sokongan dan kerajaan Perikatan Nasional telah jatuh.

3. Walau bagaimana pun Anwar tidak memberikan butiran terperinci mengenai sokongan tersebut.UMMAH mempersoalkan Anwar gagal memberikan bukti yang cukup dan kukuh kepada Yang DiPertuan Agung, dan melihat ini satu cubaan untuk mempermainkan institusi Raja dan Perlembagaan Persekutuan dengan membuat pengumuman bahawa Tan Sri Muhyiddin telah jatuh dan hilang sokongan.Ini boleh menimbulkan keresahan dan keadaan yang gawat dikalangan rakyat dan boleh mencetuskan huru hara serta menjatuhkan ekonomi negara.

4. Oleh sebab itu, UMMAH akan membuat satu laporan polis, agar satu siasatan boleh dibuat berkaitan kenyataan media beliau yang merupakan satu propaganda, yang mendakwa Tan Sri Muhyiddin telah hilang majoriti dan seterusnya hilang jawatan sebagai Perdana Menteri.

MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

13 Okt 2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo