NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekiranya gagal, Anwar patut bersara?


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN

Sekiranya gagal, Anwar patut bersara

Hari ini telah nyata bahawa YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal mempunyai sokongan untuk terus memimpin kerajaan Perikatan Nasional.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah membohongi rakyat apabila mendakwa mempunyai cukup sokongan dalam usaha menggulingkan kerajaan. Apa yang difikirkan hanyalah cita-cita peribadi sahaja, tanpa memikirkan kesan ketidakstabilan politik kepada ekonomi negara dan kebajikan rakyat. Ia juga melambangkan betapa Dato’ Seri Anwar semakin lama semakin terpisah (detached) daripada denyut nadi rakyat yang mahukan kestabilan.

Ini bukan kali pertama Dato’ Seri Anwar cuba menggugat kestabilan kerajaan dengan penipuan yang sama. Sekiranya inilah strategi terdesak yang beliau mahu gunakan, saya cadangkan beliau bersara sahaja daripada politik negara dan benarkan tokoh lain mengambil alih kepimpinan pembangkang agar pembangkang di negara kita boleh menjadi pembangkang yang konstruktif (constructive opposition). 

Seluruh jentera dan organisasi BERSATU kekal menyokong kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin dalam rangka memastikan kebajikan rakyat terjaga dan ekonomi negara dapat dibina semula. 

Wan Saiful Wan Jan
Ketua Penerangan BERSATU
Petaling Jaya, 13 Oktober 2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo