NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Di mana keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti kukuh MP?

oleh: Dr Kamarul 

Pada 8 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebut "pada majlis mengadap tersebut saya akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti Ahli Parlimen yang kukuh dan meyakinkan sepertimana yang saya sebut sebelum ini".

Kenyataan Media Anwar vs Kenyataan Media Istana

Sangat malangnya, hari ini, Istana Negara melalui Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Dato' Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, memaklumkan bahawa dalam pertemuan ini Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya sekadar mengemukakan "jumlah" MP yang didakwa menyokong beliau tetapi tidak mengemukakan "senarai nama" MP untuk mengukuhkan dakwaan tersebut.

"Keterangan lengkap" apakah namanya jika langsung tiada senarai nama MP pun yang dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong?

Adil dan beretikakah tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusahkan dan meletakkan beban kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mencari sendiri siapa "lebih 120 MP" yang didakwa menyokong beliau itu?

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar yakin dengan jumlah MP yang menyokong beliau, mengapa tidak beliau senaraikan satu per satu nama semua MP yang didakwa menyokong beliau itu?

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo