NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar kemuka jumlah sokongan Ahli Parlimen tanpa nama - Istana Negara



KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekadar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau kepada Istana Negara, tanpa mengemukakan sebarang senarai nama mereka untuk mengukuhkan dakwaan itu.

Susulan tindakan itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin AlMustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, menasihati Anwar untuk akur dan menghormati proses perundangan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, dalam kenyataannya, berkata Presiden PKR itu mengemukakan jumlah Ahli Parlimen terbabit ketika diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong, selama kira-kira 25 minit, pagi tadi.

"Adalah dimaklumkan Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Anwar di Istana Negara pada jam 11 pagi tadi.

"Dalam sesi yang berlangsung selama lebih kurang 25 minit ini, Anwar mengemukakan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

"Walau bagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli Dewan Rakyat untuk mengukuhkan dakwaan tersebut, " katanya menerusi satu kenyataan Istana Negara, hari ini.

Ahmad Fadul berkata, susulan itu, Yang di-Pertuan Agong menasihati Anwar supaya akur dan menghormati proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar sepatutnya dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 22 September lalu, tetapi ditangguhkan ekoran kegeringan Baginda yang menjalani rawatan di Institut Jantung Negara bermula pada 21 September hingga 3 Oktober, 2020.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/741411/anwar-kemuka-jumlah-sokongan-ahli-parlimen-tanpa-nama-istana-negara


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo