NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Siri Educovid19 - Garis Panduan Pemakaian Pelitup Muka.



Pada Ogos lalu, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan kewajipan terhadap pemakaian pelitup muka mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah juga telah menyarankan kepada rakyat Malaysia supaya memakai pelitup muka dengan cara yang betul. Elakkan dari meletakkan di bawah hidung dan dagu, kerana tindakan itu boleh menyebabkan pelitup muka tercemar. Ianya juga boleh menyebabkan mulut dan hidung terkena jangkitan bakteria, virus dan kuman.

Dari sumber akhbar The Star, pegawai polis yang berpangkat Inspektor ke atas kini dapat mengeluarkan kompaun di tempat kejadian kepada mereka yang tidak mematuhi garis panduan pemakaian topeng yang sesuai, seperti membiarkan mulut dan hidung mereka terdedah. Sekiranya pesalah gagal membayar kompaun dalam masa dua minggu, mereka akan dibawa ke mahkamah.

Mari kita amalkan pemakaian pelitup muka dengan betul. Jom lihat cara-cara pemakaian pelitup muka dengan betul oleh Dr Najihatussalehah Ahmad, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia šŸ‘‡

https://www.youtube.com/watch?v=UZT5xy2cIag&feature=youtu.be

#AllahJagaKita
#KitaJagaKita

Lajnah Penerangan & Media Baharu
Dewan Muslimat PAS Malaysia

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo