NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua pihak perlu berperanan dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah



PAS berbesar hati dengan sikap terbuka Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) kerana bersedia memberi peluang kepada Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan yang dilantik sebagai ADUN Sabah (Dilantik) untuk berkhidmat kepada rakyat dan Negeri Sabah.

PAS amat yakin Dr. Aliakbar Gulasan yang merupakan seorang Anak Jati Sabah yang mempunyai kelulusan tinggi serta berpengalaman luas sebagai Pensyarah Kanan di UMS mampu menyumbang tenaga dan buah fikirannya mewakili Perikatan Nasional dalam Kerajaan Sabah di bawah kepimpinan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

PAS berpandangan bahawa tugas utama Kerajaan GRS sekarang ini adalah mengembalikan keyakinan rakyat kepada usaha memulihkan keadaan termasuk menguruskan penularan semula pandemik Covid-19 serta memulihkan ekonomi dan sosial rakyat.

PAS percaya sebagai anggota kerajaan yang bertanggungjawab dan komited kepada pembinaan negara yang harmoni, maju dan bersatu padu, semua pihak perlu meneroka jalan damai dan saling menerima serta hormat menghormati di antara semua pihak yang tergolong dari pelbagai kaum, etnik, agama, budaya dan adat resam di Negeri Sabah ini


Terima kasih.

DATO’ TAKIYUDDIN HAJI HASSAN
Setiausaha Agung PAS
09 Oktober 2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo