NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Surat Terbuka Kepada YB Jannie Lasimbang, ADUN DAP Sabah.

Salam hormat YB,

Merujuk kepada kenyataan YB yang menyebut, "Appointing PAS into the Sabah State Assembly is very concerning".

Untuk pengetahuan YB, PAS sudah ada ramai ahli dalam kalangan penganut agama Hindu, Buddha & Kristian, semuanya dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Ada yang dilantik jadi calon pilihanraya, Ahli Majlis, Pegawai Khas & YB Senator. Banyak yang kami pelajari daripada mereka, dan banyak yang mereka pelajari daripada kami.

Inilah keunikan demokrasi.

Selain itu untuk pengetahuan YB dan rakan-rakan dalam DAP,

PAS ada tadika, setiap hari ada anak jiran berbangsa India & Cina datang belajar di PASTI kami.

PAS ada AMAL, banyak rumah orang miskin dan warga emas berbangsa India & Cina, kami bantu sekadar mampu.

PAS sudah mentadbir Kerajaan Negeri. Ramai orang India, Cina & Siam hidup dan berniaga di Kelantan, Terengganu dan Kedah, aman-damai dan bersatu-padu.

Untuk pengetahuan YB, PAS sentiasa terbuka untuk ruang dialog. Presiden kami telah berdialog dengan Archbishop Katolik, Hindu Sangam dan NGO pelbagai agama dan etnik.


Inilah ajaran Nabi kami. Patuh kepada Tuhan, berkebajikan, berkeadilan dan bermasyarakat madani.

Persoalannya, adakah PAS rasis dan ekstremis? Mungkin ada baiknya kita berdialog secara harmonis.

Salam perpaduan.

Syahir Sulaiman, Kuala Lumpur
9 Oktober 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo