NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Semua ahli politik perlu dengar nasihat Agong



KUALA LUMPUR: Semua ahli politik perlu mendengar nasihat dan patuh saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta tidak boleh mempertikaikannya dalam apa cara sekalipun.

Pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata semua ahli politik perlu termasuk beliau mendengar nasihat Yang di-Pertuan Agong.

"Semua ahli politik, termasuk diri saya, perlu dengar nasihat Tuanku untuk supaya berganding bahu dan bersatu untuk fokus menangani pandemik COVID-19.

"Saya berharap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dapat memanggil semua pemimpin politik untuk mencari jalan tengah supaya negara kekal stabil," katanya ketika dihubungi BH.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, semua pihak tidak seharusnya terus mengganggu gugat kestabilan negara kerana Baginda sudah mengeluarkan titahnya.

Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah dilaporkan bertitah tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di Malaysia, buat masa ini, selepas menerima permohonan berbuat demikian daripada Perdana Menteri, kelmarin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fail Shamsuddin, dilaporkan berkata permohonan itu adalah pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Permasyuhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan bagi memerangi ancaman wabak COVID-19.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/10/746119/semua-ahli-politik-perlu-dengar-nasihat-agong


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo