NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat Sengsara, Anwar Masih Mahu Berpolitik!


SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menimbangkan semula keputusan untuk melaksanakan langkah darurat seperti mana yang dilaporkan media.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut adalah untuk menghalang proses Parlimen.

"Hari ini, kita mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan gagal untuk menunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan menggunakan isu krisis pandemik koronavirus (Covid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa," katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Beliau berkata, ini kerana ia merupakan satu keputusan pendek akal dan mementingkan diri.

"Dengan langkah ini, maka kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tidak ada keabsahan ini telah menonjolkan kelemahan mereka dalam menangani wabak Covid-19 dan kemelut ekonomi yang kita hadapi sekarang.

"Negara-negara di rantau ini sedang memikirkan pelbagai cara bagi menangani wabak dan benarkan aktiviti ekonomi untuk bergerak, namun Malaysia sedang bergerak ke belakang," katanya

Media hari ini melaporkan bahawa Jemaah Menteri yang bermesyuarat hari ini memutuskan untuk mencadangkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menguatkuasakan perintah darurat susulan krisis politik dan penularan Covid-19.

Sumber  : https://www.sinarharian.com.my/article/106652/BERITA/Politik/Anwar-dakwa-kerajaan-guna-alasan-Covid-19-untuk-kekal-berkuasa

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo