NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Najib Cadang Lanjut Tempoh Moratorium Sehingga Hujung Tahun

Bank-bank patut mengambil kira peningkatan semula jumlah kes baru Covid-19 baru-baru ini yang sedikit sebanyak akan memberi impak kepada ekonomi dan pendapatan Rakyat dengan melanjutkan tempoh moratorium pinjaman secara automatik sehingga akhir tahun 2020.

Bagi tempoh suku kedua, iaitu 3 bulan dari April hingga Jun 2020, di mana loan moratorium diberikan secara pukal kepada semua pelanggan, bank-bank masih catat keuntungan.

Maybank - RM942 juta (suku sama tahun lepas: RM1.94b)
CIMB - RM277 juta (RM1.51b)
RHB Bank - RM400 juta (RM615 juta)
Public Bank - RM1 bilion (RM1.33b)
Alliance Bank - RM104 juta (RM77 juta)
Hong Leong Bank - RM525 juta (RM469 juta)
Ambank - RM365 juta (RM391 juta)
Affin Bank RM67 juta (RM156 juta)
Bank Islam RM153 juta (RM195 juta)

Ini bukti bahawa bank-bank masih mampu memberi lanjutan moraotirum. 

Jika tidak beri kepada semua pelangan, bagilah lanjutan secara automatik kepada peminjam-peminjam dalam kategori berikut.
- penerima BR1M/BPN dalam kategori B40
- pinjaman untuk rumah PPR/PR1MA atau rumah di bawah nilai RM300,000
- pinjaman untuk kereta bernilai RM50,000 ke bawah
- peminjam yang pendapatannya terputus atau hilang kerja sejak PKP bermula. (Bank ada maklumat ini kerana kemasukan gaji atau pendapatan bulanan dalam akaun bank sudah jatuh atau dihentikan)

Semua maklumat pelanggan di atas sudah ada pada bank. Cuma nak tengok jika mereka mahu beri lanjutan automatik ke tidak.

Yang tak masuk dalam kategori-kategori di atas, terpulanglah kepada bank jika mahu luluskan permintaan pelanggan.

Lagi elok jika bank lanjutkan kepada semua secara pukal seperti 6 bulan lepas. 

Inilah masa untuk bank-bank buktikan mereka prihatin pada pelanggan setia mereka.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo