NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Gereja-Gereja Sabah Jadi Penghasut

Dalam suratnya kepada Presiden STAR, Datuk Dr Jeffrey Gapari Kitingan, pada 2 Oktober 2020, Majlis Gereja-Gereja Sabah, yang diwakili oleh Presidennya, Bishop Rev Dr James Wong Chong Leong, Timbalan Presidennya,  Datuk Rev Jerry Dusing, dan Naib-Naib Presidennya, Archbishop Datuk Melter Jiki Tais dan Archbishop John Wong Soo Kau, menulis begini:

"PAS adalah sebuah parti politik Islam yang diketahui sebagai pemecah-belah dan tidak menghormati agama-agama minoriti lain... Oleh itu, menjadi doa dan harapan kami agar YB Datuk dan parti YB Datuk akan menentang sekeras-kerasnya kemasukan PAS di dalam Dewan Undangan Negeri Sabah."

("PAS is an Islamist political party known to be divisive and holds little respect for other minority religions... Thus, it is our hope and prayer that YB Datuk and your party will strongly object to the inclusion of PAS in the Sabah State Assembly.")

Bukankah ini adalah buruk sangka?

Bukankah buruk sangka itu berdosa?
Apakah gereja mahu jadi penghasut?........ZAM

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo