Kes di Russia tinggi, 10,888 dalam 24 jam



MOSCOW, 18 Safar 1442H, Selasa – Kes jangkitan COVID-19 di Russia menghampiri tahap maksimum yang dicatat pada Mei lalu – apabila merekodkan 10,888 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Serentak itu, Russia mengumumkan langkah tegas dengan menutup semula sempadan dan penduduk Moscow perlu memohon visa elektronik untuk perjalanan sekitar bandar itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tatiana Golikova berkata, pihaknya sudah menjangkakan peningkatan kes yang ketara pada penghujung September, lapor agensi berita negeri TASS.

Ini membabitkan mereka yang kembali ke tempat kerja dan peningkatan kes selesema serta radang paru-paru yang kebiasaannya pada musim luruh dan sejuk.

Datuk Bandar Moscow memperkenalkan beberapa langkah mengurangkan kadar jangkitan – mengarahkan individu berusia lebih 65 tahun untuk duduk di rumah, selain meminta syarikat menetapkan sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja untuk bekerja dari rumah.

Kesan wabak COVID-19 dilaporkan menjejaskan mata wang ruble, yang mana bulan lalu merosot ke tahap terendah berbanding euro sejak 2016.

Setakat ini Russia merekodkan 21,475 kematian akibat virus.

Negara itu meluluskan vaksin yang diberi nama Sputnik V pada Ogos lalu, yang didakwa adalah yang pertama dunia, walaupun ujian klinikal berskala besar masih berterusan. – Agensi

Sumber: https://ismaweb.net/2020/10/06/kes-di-russia-tinggi-10888-dalam-24-jam/


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post