Kembalikah kaduk naik junjung 13 Oktober ini?



Kita sedang lalui cabaran paling besar dan getir dalam negara apabila angka jangkitan Covid19 mencacak angkanya ke tahap paling tinggi tahun ini.

Beberapa daerah termasuk di Klang sedang berhadapan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Namun itu tidak menghalang Presiden PKR Anwar Ibrahim untuk berkejar ke Istana bagi menuntut jawatan Perdana Menteri yang didakwa miliknya. Menurut kenyataannya Selasa 13 Oktober ini beliau akan mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mengemukakan bukti bahawa beliau punya cukup bilangan sokongan ahli-ahli Parlimen untuk diangkat sebagai PM baru menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Malah pada 23 September lalu iaitu beberapa hari sebelum rakyat Sabah keluar mengundi Anwar telah isytiharkan yang Muhyiddin tidak lagi PM kerana telah hilang sokongan.

Apa pun samada terkabul atau tidak hajat besar Anwar itu terletak atas kuasa dan budibicara Yang Dipertuan Agong. Sama-samalah kita tunggi nanti.

Sementara itu wajarlah kita mengingatkan rakyat Malaysia khususnya umat Melayu Islam kiranya Anwar berjaya juga jadi PM bermakna kerajaan dominasi Melayu Islam PN ini akan roboh. Dan tertegak di atas robohan itu nanti sebuah kerajaan baru bertulang belakangkan 42 ahli Parlimen DAP ( 41 bukan Melayu 1 Melayu).




Berjayalah kaduk kembali naik junjung dan nasib serta masadepan kita kembali kelam dan muram bagi tempoh hingga ke hujung penggal.

Ini realiti yang perlu kita tanggung iaitu sesuatu yang sangat kita kesali sepanjang 22 bulan pemerintahan PH dahulu, kini atas keghairahan seorang individu yang laparkan kuasa, akan kembali berulang, maka terimalah seadanya.

Moga dijauhkan Allah swt.

ROSLAN SMS




Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post