NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka Menyokong Cadangan Darurat Kepada Dymm Yang Di-Pertuan Agong

Proklamasi darurat adalah satu cara yang boleh diambil oleh kerajaan dalam menghadapi ancaman Covid 19, kestabilan ekonomi dan kemelut politik. Langkah ini adalah perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan. 

UMMAH Melaka berpendapat dengan mengembalikan kuasa menguruskan negara kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) sudah tentu perjalanan pentadbiran negara dapat bergerak dengan baik dan selesa tanpa gangguan. 

YDPA tentu akan mewakilkan pengurusan negara kepada mereka yang mampu mentadbir dan mengurus sehinggalah negara berjaya keluar dari kemelut kesihatan,  ekonomi dan politik. 

Genjatan politik perlu dilanjutkan supaya penumpuan kepada melawan Covid 19 ini dapat diberi keutamaan. UMMAH Melaka juga ingin memohon agar tiada pihak yang sanggup mengadaikan keselamatan rakyat dan negara ini hanya semata-mata mahu mengejar laba politik.

Kerjasama baik dari semua pihak akan membantu memulihkan kembali kestabilan negara. 

Cikgu Hishammuddin Abu Bakar

Pengerusi
Gerakkan Pembela Ummah Negeri Melaka

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo