NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DITC Jadikan Amalan Gotong-Royong Aktiviti Mingguan



22 Oktober 2020 - DITC Teluk Kalong. Warga Darul Iman Training Centre menjadikan setiap hari Khamis adalah sebagai hari gotong-royong. 


Program ini diadakan untuk memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah dikalangan warga kerja DITC sekaligus dapat mempercepatkan proses pembersihan dan baik pulih bangunan DITC. 

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif DITC, En Mohd Shuhaimi Embong yang turun membantu dan melihat sendiri proses membersih dan mengecat semula 2 buah bilik Seminar DITC. DITC mempunyai sebuah Dewan besar iaitu Dewan Dato Seri Tuan Guru yang mampu memuatkan 500 - 700 orang dalam satu masa manakala 2 buah Auditorium dengan setiap satu boleh menampung 150 orang dalam satu masa. Bagi menampung permintaan penggunaan dewan yang semakin meningkat, DITC membuka 2 buah bilik seminar baharu yang mampu memuatkan 50 orang peserta dalam satu masa. DITC turut mempunyai 6 buah kelas tutorial yang boleh menampung 20 orang peserta bagi setiap kelas. Lengkap dengan PA Sistem, Pendingin Hawa dan Pemancar LCD. Program gotong-royong ini disertai hampir 30 orang staff kontrak dan pentadbiran DITC, dimulakan dengan bacaan Al-Quran dan Doa bermula jam 8.00 pagi di Surau Sheikh Abdul Malek DITC seterusnya proses membersih dan mengecat bilik seminar yang berakhir pada jam 5 petang. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Jualan dan Pemasaran DITC, En Ezani Yahya di talian +60129726897 atau hubungi nombor pejabat di talian +6098633606. Layari www.ditc.my atau Facebook rasmi Darul Iman Training Centre.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo