Wajarkah Pekebun Durian Haram Dilayan Seperti Raja?

Kemelut antara Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources Sdn Bhd (RPDR) berkenaan isu tanah kebun durian tidak berlesen di Raub telah mendapat liputan yang luas sejak kebelakangan ini.

Ini dapat dilihat sehinggakan MCA sanggup menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat perkara tersebut di atas nama keadilan dan menyelesaikan masalah pertanian secara umum di Pahang. 

DAP juga tidak ketinggalan untuk menzahirkan rasa simpati kepada para pekebun haram, malah Timbalan Pengerusi DAP Pahang juga berani untuk meminta campur tangan YDPA. 

Lim Kit Siang pula tanpa segan silu meminta YAB PM untuk turun padang melihat sendiri situasi dan juga menegaskan bahawa setakat ini tiada mana-mana menteri kabinet yang menyelesaikan masalah tersebut.

Pelik. Bagaimana tergamak mereka mendesak agar situasi ini dicampur tangan oleh YDPA dan YAB PM? Siapakah mereka sehinggakan berhak untuk mendapat 'layanan khas' sedemikian? Mereka menuntut agar solusi yang 'win-win' dicapai oleh kesemua pihak. Amat tidak masuk akal. 

Perkara terbaik yang sepatutnya dilaksanakan adalah agar hak kesemua pihak diberi secara adil. Jika berlaku pencerobohan dan aktiviti haram, maka undang-undang patut ditegakkan, bukan berlembut dan mengalah sewenang-wenangnya.

Justeru, ANGKASA mendesak kedaulatan undang-undang perlu ditegakkan sepenuhnya tanpa unsur berat sebelah (bias) dan campur tangan pihak berkepentingan.

Asyraf Badhrul
Ketua Penerangan ANGKASA

Sumber : Berjasa
Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

2/Post a Comment/Comments

  1. tanah diperolehi secara haram ke, siasat, jika benar diperolehi secara haram, jika enggan berkerjasama, ratakan saja buat perumahan pendapatan rendah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana boleh ratakan, kan tu semua raja belaka. Cina sudah jadi raja dalam ini negeri

      Delete

Post a comment

Previous Post Next Post