Ulangtahun ke 22 Reformasi : Anuar Makin Terpinggir ?

Tragedi 2 September 1998 mungkin tidak berada di dalam kotak fikiran generasi Syed Saddiq, tetapi ia masih hangat dalam ingatan rakyat Malaysia yang menempuhi peralihan alaf Y2K. Tragedi ini berlaku kerana kerasnya persaingan merebut kuasa di antara Datuk Seri Anwar Ibrahim (kini Presiden PKR) dengan Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Pengerusi Pejuang).

DSAI telah dituduh meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar. Sebenarnya, Azizan Abu Bakar yang mendakwa diliwat oleh DSAI. Khalid Jefri pula menulis buku 50 Dalil Anwar Ibrahim Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri, mengandungi pelbagai tuduhan yang turut melibatkan Shamsidar, isteri Azmin Ali (kini Menteri Kanan) dan terpalit sama dalam konflik ini ialah Ummi Hafilda (adik Azmin).

Rakyat bangkit marahkan tindakan-tindakan zalim yang berlaku dalam konflik ini. Anwar melancarkan Reformasi, kemudian terpenjara di dalam ISA. PAS menubuhkan Majlis Gerakan Keadilan Rakyat  Malaysia (GERAK). Tian Chua memimpin Gagasan Demokrasi Rakyat (Gagasan). Wan Azizah mengetuai Pergerakan Keadilan Sosial (ADIL). Kemudian, penyokong Anwar 'membeli' parti IKATAN dari Terengganu lalu dinamakan Parti Keadilan Nasional (PKN). PKN bergabung dengan PAS, DAP dan PRM untuk membentuk Barisan Alternatif (BA). Ustaz Fadzil Noor, regu Anwar dalam ABIM telah menjadi ikon kebangkitan rakyat ini.

Kemunculan PKN memang berasimilasi daripada gerakan rakyat, membentuk ADIL. Kemudian menjadi parti politik yang bernama PKN pada April 1999 dan akhirnya bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM) pada 2003 dan membentuk Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di atas nama menentang kezaliman dan memperjuangkan keadilan, PKR adalah sebuah parti yang dilihat oleh rakyat sebagai parti yang berusaha menjadikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Konflik dan power struggle mereka tercetus kerana Anwar sudah disebut-sebut sebagai bakal PM sejak berjaya menjatuhkan Ghafar Baba pada 1994. Dalam PRU 1999, ketika berada di penjara pun, Anwar disebut bakal PM. Setelah dibebaskan oleh Pak Lah Badawi, Anwar menjadi pemimpin pembangkang utama, sehingga dipenjara lagi. Ketika menghadapi PRU 2018, dari dalam penjara Anwar dinamakan lagi sebagai bakal PM selepas dua tahun Tun M berkuasa. Tiba-tiba Tun M yang sedang didesak, telah meletakkan jawatan dan Kerajaan PH hancur. Tun M bertembung lagi dengan Anwar dan menubuhkan Pejuang. Yang menarik, tiba-tiba Tun M mencalonkan Shafie Apdal sebagai bakal PM.

Anwar melepas lagi apabila politik dalaman PH mulai huru-hara dan beberapa pemimpinnya dihadapkan ke mahkamah. Cerita liwat edisi 3 juga berbunyi semula. Anwar mulai sunyi seribu bahasa. Dia tidak muncul di Slim River dan tidak rancak berkempen di PRN Sabah. Bakal PM diam seketika.... Di mana dia? Menyepi tanpa berita... Hari ini, 2 September adalah  ulang tahun ke-22 perjuangan reformasinya!

Masih adakah masa depan untuknya?

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post