NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak Mustahil Shafie Apdal Ketua Menteri Baru Sabah - Salehuddin


AMPANG - 
Sabah memerlukan pemimpin yang benar-benar boleh mewakili rakyatnya dan individu paling layak mendapat mandat tersebut ialah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan perkara itu tidak mustahil walaupun Warisan Plus menang tipis dalam Pilihan Raya Negeri Sabah (PRN Sabah) semalam.

"Dinamika politik Sabah akan bergantung pada Parti Bersatu Sabah (PBS) dan parti bebas lain yang pastinya membuat keputusan dalam beberapa jam ini.

"Terdapat juga pandangan tentang Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak diiktiraf. Jadi terpulang kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin untuk buat keputusan sama ada Warisan Plus boleh membentuk kerajaan.

"Sudah tiba masanya Sabah memerlukan kepimpinan yang benar-benar boleh mewakili rakyatnya. Pada pandangan peribadi saya, kalau peluang itu ada, harus diberi kewajaran itu kepada Shafie sebagai Ketua Menteri,"katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Mesyuarat Tahunan Amanah Kawasan Pandan di sini hari ini.

Dalam keputusan PRN semalam, Warisan dan sekutunya memenangi 32 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu kurang lima kerusi untuk kembali berkuasa manakala PBS memenangi tujuh kerusi dan kemenangan juga berpihak kepada tiga calon bebas.

Beliau berkata, keputusan PRN Sabah membuktikan pencapaian yang baik untuk Warisan Plus setelah Shafie menerima tekanan yang kuat.

Katanya, sebarang keputusan akhir di luar jangka juga tidak mustahil boleh berlaku.

"Terpulang kepada kebijaksanaan Shafie. Beliau boleh berbincang untuk membentuk kerajaan kerana PBS ada 7, bebas ada 3, sudah 10 kerusi. Jadi dengan jumlah yang Warisan Plus ada, campur dengan mereka sudah pasti dapat membentuk kerajaan.

"Kemudian mengikut undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sabah, mereka boleh melantik enam lagi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tambahan,"katanya. - SH   


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo