NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Pengerusi Jawatankuasa Pengelola DBP Tegur SPRM Isu Portal Mandarin

Prof Dato' Dr. Haji Awang Sariyan adalah seorang ahli bahasa Malaysia yang terkenal dan yang telah banyak menulis rencana bimbingan bahasa Melayu untuk pelajar, serta mengarang puluhan buku panduan bahasa, buku ilmiah, buku umum, dan kamus

ISU BAHASA MANDARIN DI PORTAL SPRM

1. Makna bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi seperti dalam pecahan (6) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan sangat jelas. Bahasa rasmi ialah bahasa yang mesti digunakan dalam pentadbiran di tiga tahap, iaitu kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa awam.

2. SPRM sebagai badan berkuasa awam mesti menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, termasuk dalam portalnya. Sesudah 63 tahun merdeka tidak wajar ada alasan untuk mana-mana pihak tidak memahami bahasa negara. Sesudah Mandarin, adakah SPRM akan memenuhi keperluan kaum-kaum lain atas alasan tidak memahami bahasa kebangsaan?

3. Peristiwa itu dan beberapa banyak yang lain memberikan isyarat jelas supaya kerajaan perlu lebih tegas dalam pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan, termasuk syarat kewarganegaraan dan pelaksanaan ujian bahasa kebangsaan yang membolehkan warganegara mengikuti kursus bahasa kebangsaan berdasarkan pencapaian dalam ujian itu. Pada tahun 1960-an dahulu ada kelas dewasa untuk celik huruf masyarakat di luar bandar dan kaedah yang sama boleh digunakan untuk kelas bahasa kebangsaan kepada masyarakat umum.

4. DBP telah lama menyediakan Ujian Kecekapan Bahasa Melayu (UKBM) dan modul kursus bahasa untuk pelbagai peringkat, termasuk untuk warganegara Malaysia, selain UKBM untuk pelajar dan pekerja asing.

19.9.2020


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo