NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Terengganu Patuhi Kuarantin

KUALA TERENGGANU- Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diarahkan menjalani kuarantin wajib selama 14 hari, selepas berlaku kontak dengan dua individu positif koronavirus (Covid-19).

Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, susulan itu, semua program yang membabitkan Ahmad Samsuri akan ditangguhkan sehingga beliau selesai menjalani kuarantin wajib.

Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) juga telah mengambil tindakan pantas untuk mengenal pasti, menghubungi dan menjalankan ujian Covid-19 terhadap semua yang berkait dengan kontak berkenaan.

"Menteri besar juga telah menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RRT-PCR) Covid-19 dan disahkan negatif dan perlu menjalani satu lagi ujian pada hari ke-13 nanti.

"Bagaimanapun, menteri besar akan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 30 September ini secara video dalam talian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, pemantauan berterusan juga sedang dilakukan pihak JKNT dengan penuh dedikasi. - SN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo