NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Presiden PH Setuju 'Langkah Anwar'


KUALA LUMPUR: 
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) setuju dengan usaha membentuk kerajaan baharu selepas Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa memperoleh sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden yang dipengerusikan oleh Anwar semalam.

Mesyuarat itu turut membincangkan mengenai keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Majlis Presiden menegaskan usaha mengembalikan mandat rakyat itu perlukan iltizam dan komitmen menegakkan keadilan, membanteras amalan rasuah dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman.

"Pakatan Harapan turut mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong sembuh dari sebarang masalah kesihatan dan kekal di bawah lindungan Ilahi," kata kenyataan bersama Setiausaha Agung parti dalam PH, hari ini.

Kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution; Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Dr Hatta Ramli dan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo