Lepas Soloz, Giliran Mira Filzah Pula, Tapi Bukan Nak Cakap Pasal Mereka Ni


LEPAS SOLOZ, GILIRAN MIRA FILZAH PULA

TAPI BUKAN NAK CAKAP PASAL MEREKA NI

Ramai pula ambil port Mira Filzah kahwin semalam. Ustaz-ustaz pun sama naik juga. Meriah media sosial sampai cerita kpop pun tak setrendy Mira Filzah dan Wan Emir di Twitter.

Mungkin sebab benda hot dan trendy, mesti masing-masing tak nak keciciran arus trending. Politician, businessmen, influencer mesti nak komen juga biar naik rating. Ini marketing strategy.

Tapi ada yang tak berapa senang. Katanya menjatuhkan imej bila asatizah komen isu artis, tak thiqah bila ulama' nampak macam menggatal.

Benda ni bukan clear cut. Banyak gray area. Ada maslahah mudaratnya. So tak boleh nak kata salah atau betul secara mutlak.

Cuma bila kita nak ceburi dunia media sosial ni, kena betul berstrategi agar manfaatnya maksimum dan mudaratnya minimum. Sini ada beberapa perkara nak ditekankan:

✳1.Bila nak up isu artis supaya dilihat trendy dan responsif dengan apa yang orang muda sibukkan, kena betul-betul nampakkan sebegitu dalam segala segmen orang muda. Orang muda bukan semua kisah pasal artis Malaysia. Orang muda educated pun perlu di layan. Orang muda minat sukan juga perlu perhatian. Orang muda kaki masjid dan surau juga semakin ramai sekarang.

"Bila Mira Filzah kahwin laju post. Bila isu-isu penting lain krik-krik je." Komen macam ni yang kita tak nak. Nanti disamakan dengan majalah Mangga pula.

✳2.Jangan ralit dengan like, komen dan share yang diterima. Nampak memang banyak, tapi kena tengok juga silent reader yang sebenarnya lagi banyak daripada yang jenis respon. Buat kajian adakah posting sebegini meluaskan market, atau mengalihkan market. Data scientist kena berperanan.

Yang kita bimbang, peminat artis kita dapat tarik. Tapi peminat agama pula jadi lari. Peminat metal pula jadi geli.

Macam kesilapan kita suatu masa dulu. Agresif imejkan PAS parti inklusif untuk tarik sokongan bukan melayu, akhirnya sokongan melayu pula yang tercicir.

✳3.Kalau benar kebimbangan di atas terjadi, jangan abaikan! Segera tangani. Tengok atas sebab apa orang agama jadi lari. Apa punca geng metal jadi geli. Kemudian cover dengan content-content yang menjernihkan perkara itu.

Contoh orang agama kata buat begini jadi hilang thiqah dan calar imej. Keluarkan hujahan yang mantap kenapa posting itu perlu dibuat. InsyaAllah kalau rasionalnya ada, kebencian boleh dikurangkan. Kan manusia tu musuh kepada kejahilan mereka.

✳4.Pastikan ada kerangka kerja (framework) yang jelas dengan apa yang kita buat ni. Apa problem statement yang kita nak tangani. Apa matlamat utama yang kita nak capai. Apa strategi-strategi yang kita susun. Siapa yang kita kena libatkan. Apa KPI untuk setiap aktiviti. Apa kesinambungan selepas ini.

Katalah posting pasal Mira Filzah sebab nak reach market peminat artis. Lepas reach, apa pengisian seterusnya untuk mereka. Ke mana nak bawa mereka.

Yang penting jangan lari fokus utama. Takut terjadi pula kebimbangan-kebimbangan yang disebut Syeikh Mustafa Masyhur dalam bukunya "Jalan Dakwah; antara keaslian dan penyelewengan"

✳5.Sebenarnya nak dapat sokongan semua segmen ni benda mustahil. Redha semua manusia adalah matlamat yang takkan tercapai. Bila ada likers, pasti ada haters.

Tapi benda ni boleh diminimakan. Ikut ilmu marketing, ada satu strategi yang dipanggil localization. Company besar bila nak luaskan market, dia pelbagaikan produk dan perkhidmatan ikut market setempat.

Antara cara localize ni dia letak nama berbeza. Di kawasan urban lain, rural lain. Di kawasan malay lain, chinese lain.

Boleh praktik benda ni di media sosial. Banyakkan page, akaun atau entiti untuk tackle segmen yang pelbagai. UP kan isu ikut akaun berbeza. Bab artis jangan guna page surau. Bab poligami jangan guna page masak-masak.

Realitinya, kena beradaptasi dengan waqi' semasa. Dalam waktu yang sama, jangan guna alasan waqi' semasa semberono tanpa persediaan rapi. Begin with the end in mind bak kata pujangga Mat Saleh.

Syabas diucapkan untuk yang berani buat pembaharuan. Semoga penambahbaikan terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Jazakallah juga untuk yang menegur. Semoga terus ambil berat sesama kita.

#kitajagakita




Alang Ibn Shukrimun

18 Muharram 1442

4 September 2020




⚪Telegram:telegram.me/AlangIbnShukrimun

🔵Facebook:fb.com/AlangShukrimun

đź”´Instagram:instagram.com/alangibnshukrimun

⚫Twitter:twitter.com/alangshukrimun




#AiS

#AiSDakwah


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post