NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes Positif COVID-19 Meningkat Kepada 100

Langkah KKM tangani COVID-19 selari kaedah Ibnu Sina - Dr Noor Hisham |  Astro Awani

PUTRAJAYA: Kes baharu COVID-19 hari ini kembali meningkat kepada tiga angka iaitu 100 kes dengan 85 kes membabitkan penularan tempatan manakala 15 kes import mendapat jangkitan dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada kes baharu penularan tempatan, 62 kes dikesan dalam Kluster Lahad Datu (LD) manakala 23 kes dikesan dalam Kluster Sungai.

Justeru, katanya, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini sebanyak 9,559 kes dengan jumlah kes aktif 295 kes.

Dr Noor Hisham berkata, bagi kes pulih pula, terdapat 12 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes pulih di negara ini sebanyak 9,136 kes.

"Kluster LD yang mencatatkan 62 kes baharu itu, 37 kes membabitkan Orang Kena Tahan (OKT) di Ibu Pejabat Daerah Lahad Datu manakala 25 kes lagi membabitkan OKT di Penjara Tawau.

"Bagi 23 kes dalam Kluster Sungai pula, 22 kes membabitkan individu di Kedah dan seorang di Perlis. Memperincikan mengenai kes baharu dalam kluster ini, seramai 16 petugas kesihatan termasuk seorang daripadanya (petugas kesihatan) menjangkiti tujuh ahli keluarganya yang lain.

"Secara keseluruhannya, penularan tempatan ini membabitkan 55 rakyat Malaysia dan 30 warga asing," katanya dalam sidang media COVID-19 di sini hari ini.

Dalam pada itu, bagi kes import mendapat jangkitan dari luar negara, Dr Noor Hisham berkata ia membabitkan dua rakyat Malaysia dan 13 warga asing.

"Terdapat 11 kes mendapat jangkitan dari India, dua kes dari Indonesia dan masing-masing satu kes dari Pakistan dan Filipina. Sehingga kini seramai tujuh individu sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Bagi kes pulih, Dr Noor Hisham memaklumkan terdapat 12 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini sebanyak 9,136 kes bersamaan 95.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan tiada pertambahan kes kematian hari ini dan jumlahnya kekal 128 kes bersamaan 1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. - BH

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo