Lebih 67,000 hilang kerja di bawah Sistem Insurans Pekerjaan

Zalimnya! Majikan Tak Beri Pekerja Kilang Bersolat
KUALA LUMPUR: Rekod Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan 67,068 orang kehilangan pekerjaan sejak Januari hingga 31 Julai lalu, kata Menteri Sumber Manusia, M Saravanan.

Beliau memberi pecahan mengikut negeri, di mana Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan 19,914 serta 17,972 orang kehilangan pekerjaan.

Ia diikuti Pulau Pinang (7,426), Johor (5,549), Kedah (3,468), Sabah (2,897), Sarawak (2,227), Perak (2,226), Pahang (1,943), Melaka (1,170), Terengganu (746), Negeri Sembilan (621), Kelantan (360), Perlis (309), Labuan (167) dan Putrajaya (73).

Saravanan berkata, kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat dan beberapa penambahbaikan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu majikan mengekalkan pekerja serta mengelakkan pemberhentian besar-besaran.

Beliau berkata, pandemik Covid-19 memberi impak besar kepada ekonomi global, termasuk Malaysia.

Dalam Laporan bertajuk “Unjuran Pekerjaan Suku Pertama 2020, Impak Covid-19 terhadap Kehilangan Pekerjaan (LOE)”, pandemik menjejaskan banyak perniagaan sehingga menyebabkan permintaan merosot sebanyak 37% atau 42% perniagaan tidak dapat beroperasi seperti biasa.

Saravanan menjawab pertanyaan Sabri Azit (PAS-Jerai) mengenai statistik bilangan pekerja diberhentikan kerja sejak Januari hingga Jun lalu.

Sabri juga ingin tahu statistik mengikut pecahan negeri serta usaha untuk membantu pekerja kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan akibat Covid-19.

EIS diperkenalkan pada Jun 2019 dan ditadbir urus Perkeso.

Majikan dan pekerja masing-masing menyumbang 0.2%. Kadar caruman EIS dan manfaat ditetapkan pada had gaji maksimum RM4,000.

EIS antara lain meliputi pemberhentian kerja, skim pemisahan sukarela (VSS), force majeure (keadaan tidak dapat dielakkan yang menghalang pekerja memenuhi kontrak), muflis, penutupan dan penstrukturan semula perniagaan, majikan melarikan diri, muflis, lebihan pekerja dan automasi. FMT


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post