NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Covid-19 : Kemasukan Daripada 23 Negara di Perketatkan

LEBIH 3.2 juta kes didaftarkan akibat wabak COVID-19 di seluruh dunia. (Foto/APF)

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk memperketatkan kemasukan Pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang dari 23 negara yang mencatatkan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata senarai terkini negara yang akan diperketatkan kemasukannya akan diumumkan kerajaan dari semasa ke semasa.

Katanya, tindakan itu antara langkah memperketatkan serta mempertingkatkan kawalan sempadan dan pihaknya akan terus melakukan penilaian risiko berdasarkan situasi semasa COVID-19 di seluruh dunia.

"Kerajaan mengambil langkah proaktif memperketatkan kawalan sempadan Malaysia bagi negara berisiko tinggi terhadap COVID-19 mulai semalam.

"Terkini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sudah memperketatkan kemasukan ke Malaysia bagi 23 negara. Senarai terkini negara yang diperketatkan kemasukan akan diumum kerajaan dari semasa ke semasa," katanya dalam sidang media COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata sehingga semalam sebanyak 29,330 pengembara ditempatkan di stesen kuarantin dan daripada jumlah berkenaan 237 individu dikesan positif COVID-19.

"Kebanyakan kes adalah dari India (42 kes), diikuti Filipina (27 kes) dan Indonesia (26 kes)," katanya.

Pada 3 September lalu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan antara negara yang mencatatkan kes positif melebihi 150,000 adalah Amerika Syarikat, Brazil, Perancis, United Kingdom (UK), Sepanyol, Itali, Arab Saudi, Russia dan Bangladesh, selain tiga negara yang diumumkan pada 1 September lalu iaitu India, Indonesia dan Filipina.

Sekatan itu merangkumi enam kategori iaitu mereka berstatus pemastautin tetap (PR), Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ekspatriat termasuk pemegang pas lawatan profesional (PVP) dan pemegang pas residen.

Turut disekat pasangan kepada warganegara Malaysia dan anak mereka serta pelajar daripada ketiga-tiga negara berkenaan yang ingin kembali ke Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo