NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hadi Seru Ahli PAS Kukuhkan Perpaduan Untuk Hadapi PRU15


KOTA BHARU, 13 Sept -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu ahli parti itu mengambil iktibar daripada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dengan mengukuhkan perpaduan bersama gabungan Perikatan Nasional (PN)  sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya hanya perpaduan yang kukuh dapat membentuk kerajaan yang utuh.   

"Kerajaan PN hari ini menyambung suatu wawasan baharu yang sedang diisi dalam  masa  terdekat dan singkat menerusi kerajaan sementara serta bersedia untuk membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh melalui demokrasi dan menjadi pilihan rakyat dalam PRU15 kelak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Presiden PAS pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-66 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata  bermula dengan perpaduan bangsa menerusi penubuhan Muafakat Nasional di antara PAS dan UMNO, gabungan kedua-dua parti  itu membuahkan hasil apabila Putrajaya berjaya diambil alih oleh PN. 

"Sekarang kita sudah tangkap ayam yang makan beras padi yang tumpah dahulu, maka jangan diulang lagi dalam PRU15 sehingga ayam pula terlepas, tangan pula berbau tahi," katanya. 

Bagi memastikan kemenangan, beliau berkata  parti perlu menyediakan barisan calon yang berwibawa bagi memandu masa depan negara yang akan menghadapi cabaran yang lebih besar dan lebih mencabar dari segi politik, ekonomi dan budaya.

Untuk itu, parti perlu menyediakan calon yang mempunyai kepakaran dan latar belakang berbeza serta seimbang, katanya.

Pada masa sama, beliau juga berkata PAS tidak pernah rugi dalam kerjasama dengan parti politik lain selagi kerjasama itu berpegang pada ajaran Islam.


-- BERNAMA


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo