NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gimik Anwar, pemimpin Umno jawab dakwaan dapat sokongan ‘kukuh’



PEMIMPIN Umno meragui pengumuman Presiden PKR, Anwar Ibrahim, yang mendakwa beliau dapat sokongan cukup untuk membentuk kerajaan, menepisnya sebagai “gimik”.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata Anwar mungkin cuba mengulangi “permainan” 16 Sept 2008.

“Atau cuba mempengaruhi pengundi Sabah yang akan mengundi Sabtu ini,” katanya kepada FMT.

Pada 2008, Anwar mendakwa beliau dapat sokongan secukupnya daripada ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan dan menggesa Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi berundur.

Anwar kemudian menjelaskan langkah itu gagal apabila usul memanggil sidang khas Dewan Rakyat ditolak perdana menteri.

Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim beritahu FMT beliau baru sahaja bercakap dengan ahli Parlimen Perikatan Nasional yang terkejut dengan dakwaan Anwar.

“Mereka kata mana ada,” katanya. “Mereka pun tak tahu dari mana Anwar dapat sokongan.”

Shahidan juga merasakan ia mungkin “gimik” untuk mempengaruhi pengundi Sabah.

Penyokong kerajaan di Dewan Rakyat terdiri daripada 23 ahli Parlimen BN, PAS (10), GPS (10), dan PPBM (7).

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman, berkata Anwar patut bawa perkara itu ke Dewan Rakyat.

“Tak cukup sekadar mendakwa beliau ada sokongan. Beliau boleh kata apa sahaja di luar Parlimen tapi mesti tunggu Dewan Rakyat bersidang,” katanya kepada FMT.

Tajuddin menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin beri perhatian kepada senario politik negara. “Adakan pilihan raya. Biar rakyat yang tentukan,” katanya.

Terdahulu, Anwar pada sidang media mengumumkan dapat “sokongan dan majoriti kukuh dan meyakinkan” untuk membentuk kerajaan baharu, dengan “majoriti menyokong juga dalam kalangan ahli Parlimen Melayu dan Islam”.

Anwar mendakwa beliau boleh membuktikan sokongan itu “secara konklusif”.

Daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat, BN mempunyai 43 wakil rakyat, PPBM (31), PAS (18), GPS (18), dan STAR (1).

Di samping itu, PH mempunyai 91 wakil rakyat, Warisan (9), PBS (2), dan PSB (1).

Sembilan ahli Parlimen membentuk kumpulan penyokong Mahathir, dan seorang wakil rakyat Bebas

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/23/gimik-anwar-pemimpin-umno-jawab-dakwaan-dapat-sokongan-kukuh/a


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo