NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Contohi PM hadir, jawab sendiri soalan di Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr.Rais Yatimmengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana sanggup hadir dan menjawab sendiri soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara hari ini.

Rais berharap semua menteri Kabinet lain mencontohi sikap Perdana Menteri yang hadir sendiri ke Dewan Negara untuk menjawab soalan berkaitan kementerian dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara, pada masa depan.

“Sidang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana hadir sendiri untuk menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Dewan Negara hari ini.

“Di samping itu kita mengharap beliau (Perdana Menteri) bersama sekutu kita iaitu menteri Kabinet bertanggungjawab soalan sebanyak mungkin dikemukakan di Dewan Negara, pada masa depan,” katanya dalam ucapan ringkas selepas Muhyiddin selepas menjawab soalan dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Negara.

Terdahulu, Muhyiddin menjawab soalan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris yang meminta Perdana Menteri menyatakan pelaksanaan dan keberkesanan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) yang dilihat dijadikan platform tertinggi dalam usaha memperkasakan pembangunan sosioekonomi bumiputera. – UTUSAN ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo