NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bermula hanya dengan RM1,800, gaji terakhir Mohd. Hazem RM97,000 sebulan



KUALA LUMPUR: Bermula de­ngan gaji sebanyak RM1,800, be­kas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mohd. Hazem Abd. Rahman mengakhiri kerjayanya de­ngan gaji sebanyak RM97,000.

Beliau juga pernah menerima bonus hampir RM1 juta bersamaan 10 bulan gaji walaupun baharu menjawat jawatan sebagai CEO tidak sampai dua tahun.

Jumlah tersebut bagaimanapun adalah lebih rendah berbanding gaji bekas CEO 1MDB terdahulu, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi sebanyak RM99,000 sebulan dan tidak termasuk elaun-elaun lain.

Shahrol Azral dalam ketera­ngannya sebelum ini turut memberitahu, dia menerima bonus 18 bulan gaji ketika menjadi CEO di 1MDB.

Mohd. Hazem yang kini me­nganggur memaklumkan perkara tersebut sewaktu disoal balas oleh peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didakwa atas 25 pertuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion.

Saksi pendakwaan ke-10 itu turut memberitahu, sewaktu mula-mula menyertai 1MDB sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) gajinya ialah RM65,000 sebulan.

“Gaji terakhir saya sebelum menyertai 1MDB sebagai COO adalah RM38,000. Ketika itu saya bekerja dengan Sime Darby Group, di bahagian permotoran. Jawatan terakhir saya di Sime Darby ialah Pengarah Urusan,” katanya.

Gaji RM1,800 adalah gaji pertama yang diterimanya sewaktu bekerja di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad selepas tamat pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di Universiti Case Western Reserve, Amerika Syarikat pada 1995.

Terdahulu, sebelum pihak pen­dakwaan mengakhiri peme­riksaan utamanya, Mohd. Hazem menafikan ada menerima sebarang komisen atau insentif berbentuk kewangan daripada setiap pinjaman yang dibuat oleh 1MDB. – UTUSAN

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo