NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Air Suam VS. Air Sejuk, Yang Mana Pilihan Anda?

Mengekalkan tahap kehidratan yang baik adalah penting untuk memastikan kesihatan badan dan kecerdasan otak. Ia memastikan badan berfungsi pada tahap optimum kerana cecair membantu membawa nutrien kepada sel-sel badan anda, mengeluarkan bakteria daripada pundi kencing dan juga mencegah sembelit.

pouring-infused-water-aia-malaysia

Akademi Sains, Kejuruteraan, dan Perubatan Kebangsaan di Amerika Syarikat, mengesyorkan bahawa, kita perlu meminum sehingga 3 atau 4 liter air setiap hari untuk mengelakkan dehidrasi. Makanan seperti buah-buahan dan salad boleh menyumbang kepada penghidratan badan kita namun cara yang paling mudah untuk kekal hidrat adalah dengan meminum air.

Persoalannya, adakah anda lebih suka minum air sejuk atau suam? Apakah perbezaanya? Yang mana lebih baik untuk kita? Mari kita ketahui dengan lebih lanjut.

AIR SUAM DAPAT MENGURANGKAN DAHAGA

Rasa dahaga merupakan tindak balas semula jadi apabila tubuh badan kita kekurangan air. Walaupun terdapat pelbagai pendapat berkenaan suhu air yang dapat membantu menghilangkan dahaga, air pada sebarang suhu kebiasaannya mampu menghilangkan dahaga jika diambil dalam kuantiti yang mencukupi. Malah, menurut satu kajian yang diterbitkan di dalam Jurnal Saintifik, Neuron, tanggapan bahawa air sejuk lebih cepat menghilangkan dahaga merupakan faktor psikologi dan bukannya fizikal.

AIR SEJUK LEBIH BAIK DIMINUM SELEPAS BERSENAM

relaxing-after-physical-training-session-picture-aia-malaysia

Sepertimana yang diketahui, meminum air selepas bersenam dapat menghilangkan rasa dahaga serta melindungi anda daripada dehidrasi, kelesuan haba, atau serangan strok. Petikan daripada Jurnal Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa menyatakan bahawa meminum air sejuk semasa bersenam boleh meningkatkan prestasi dan daya ketahanan seseorang. Menurut jurnal ini juga, satu kajian mendapati bahawa orang lelaki yang sihat secara fizikal meminum air sejuk semasa bersenam dapat mengurangkan peningkatan suhu badan dengan ketara. Hasilnya, mereka mampu beraksi dengan lebih baik berbanding mereka yang meminum air suam.

AIR SUAM MEMBANTU PENGHADAMAN

human-male-xray-digestive-system-picture-aiamalaysia

Meminum air kosong sebagai alternatif kepada minuman manis adalah baik untuk penghadaman anda dan ia juga dapat mengekalkan berat badan yang sihat. Air dan cecair lain membantu mencernakan makanan di dalam perut dan mengekalkan sistem penghadaman yang lancar.

Air suam akan membantu memecahkan makanan dengan lebih cepat sekaligus memudahkan proses pencernaan. Walapun sesetengah orang berpendapat bahawa  meminum air sejuk dapat membantu membakar lebih banyak kalori semasa proses pencernaan, tetapi ia tidak membawa kepada penurunan berat badan. Kerana, apabila kita minum air yang berais, badan kita hanya mampu membakar lebih 8 kalori sahaja! Ia tidaklah sebanyak mana yang disangka jika kita sudah mempraktikkan senaman dan cara pemakanan yang betul.

AIR SEJUK PENYEBAB SAKIT KEPALA

man-having-headache-aia-malaysia

Satu kajian oleh University Hospital di Uppsala, Sweden mendapati bahawa meminum air sejuk dikaitkan sebagai penyebab migrain dalam kalangan pesakit yang menghidapinya. Beberapa kajian yang dilakukan oleh Akademi Sains Perubatan Cina di Beijing dan Hospital Nanfang di China mendapati bahawa kesakitan berkaitan dengan akalasia, iaitu keadaan yang menghadkan keupayaan badan untuk membenarkan makanan melalui esophagus yang boleh menjadi lebih teruk jika di ambil bersama minuman sejuk.

Kesimpulannya, tidak kira sama ada air suam atau sejuk, meminum air adalah baik untuk kesihatan kita. Apa yang penting adalah untuk kita sentiasa kekal hidrat! Untuk menjawab mana satu suhu air yang lebih baik, ia sebenarnya terpulang kepada pilihan sendiri kerana mana-mana suhu yang menggalakkan kita untuk minum lebih banyak air itulah yang sepatutnya menjadi pilihan kita!

Rujukan
https://www.cell.com/neuron/fulltext/S0896-6273(19)30396-4?_returnURL=https%3A%2F%2Flinkinghub.elsevier.com%2Fretrieve%2Fpii%2FS0896627319303964%3Fshowall%3Dtrue
https://spoonuniversity.com/lifestyle/water-temperature-cold-or-room-temperature
http://nationalacademies.org/hmd/~/media/Files/Activity%20Files/Nutrition/DRI-Tables/9_Electrolytes_Water%20Summary.pdf?la=en
https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3472188/
https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/jhn.12368
https://jissn.biomedcentral.com/articles/10.1186/1550-2783-9-44
https://www.medicaldaily.com/health-benefits-warm-water-6-ways-drinking-warm-water-can-heal-your-body-282218
https://wholeu.uw.edu/2014/09/17/water/
https://www.medicalnewstoday.com/articles/325038.php#is-it-bad-for-you

Sumber : https://www.aia.com.my/ms/what-matters/health-wellness/air-suam-vs-air-sejuk-yang-mana-pilhan-anda.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo