NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wong Kah Woh (DAP) Pengerusi PAC baru



AHLI Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh dipilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi menggantikan Datuk Dr Noraini Ahmad.

Manakala Ahli Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun dipilih menjadi Timbalan Pengerusi menggantikan Kah Woh.

Cadangan itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddun Hassan pada sidang parlimen hari ini.

Beberapa ahli parlimen turut mengambil bahagian dalam perbahasan itu seperti Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Seri Shahidan Kassim (BN-Arau).

Bung Moktar meminta supaya mereka menjalankan tanggungjawab dengan baik demi kepentingan rakyat.

"Tidak kira sama ada pembangkang atau siapa menjadi pengerusi (PAC), yang penting rakyat dijaga. Jangan pula jawatan ini dipolitikkan," katanya.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo