NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wajib Guna MySejahtera


Kerajaan telah membuat keputusan untuk mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis.

Menteri Kanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ianya bagi memudahkan proses pengesanan kontak oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurut beliau, Pejabat Peguam Negara akan mewartakan mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera dalam masa yang terdekat.

“Namun begitu, pengecualian akan diberikan kepada premis-premis di luar bandar yang tidak mempunyai liputan internet yang stabil,” katanya pada sidang media PKPP, di Parlimen semalam.

--1Media

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo