NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

UMNO sudah nyatakan pendirian dalam dua siri Mesyuarat induk Muafakat Nasional



1. Saya terpanggil untuk mengulas kenyataan Setiausaha Agong PAS YB Datuk Takiyuddin Hassan bahawa PAS tidak maklum akan keputusan UMNO enggan menyertai Perikatan Nasional. Ini kerana dalam DUA Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional (MN), UMNO tegas membawa suara Majlis Tertinggi dan Akar Umbi yang tidak mahu UMNO menyertai PN sebagai salah satu parti komponen, sekiranya PN ingin didaftarkan sebagai sebuah parti politik.

2. Hampir keseluruhan kepimpinan di semua peringkat mahu UMNO kekal Barisan Nasional (BN) dan terus memperkukuhkan kerjasama dengan PAS dalam MN!

3. Justeru, apa yang disuarakan oleh Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan beliau baru-baru ini merupakan suara kolektif kepimpinan dan akar umbi UMNO.

4.Bahkan pendirian ini telahpun dibangkitkan oleh barisan 11 orang kepimpinan yang mewakili UMNO dalam Jawatankuasa Induk Perundingan Muafakat Nasional yang turut disertai 11 kepimpinan tertinggi PAS.

5. Namun sebagaimana yang ditegaskan, UMNO akan terus mempertahankan Kerajaan Perikatan Nasional sehingga PRU-15. Kesepakatan juga dicapai dengan kepimpinan PAS untuk terus memperkukuhkan MN tanpa sekelumit perasaan untuk menggagalkan Kerajaan PN yang dibentuk bersama demi rakyat dan negara.

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

1 Ogos 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo