NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

T'ganu Lulus Enekman Had Umur Calon Bertanding Peringkat Dun kepada 18 tahun

Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sebulat suara meluluskan Enakmen Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Negeri Terengganu (Bab Pertama) (Pindaan) 2020 yang meminda had umur calon bertanding pilihan raya peringkat DUN.

Pindaan itu menurunkan umur kelayakan pemastautin di Terengganu untuk menjadi ahli DUN daripada 21 kepada 18 tahun. Pindaan tidak melibatkan sebarang tambahan peruntukan atau perbelanjaan kepada kerajaan negeri Terengganu. Ia bertujuan menyelaras pindaan Perlembagaan Persekutuan yang menurunkan had umur kelayakan mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo