NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Senarai penuh Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu 2019-2022


SHAH ALAM - Seramai 23,438 perwakilan telah mengundi semasa Persidangan Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berlangsung di seluruh negara semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti itu, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, daripada 179 bahagian layak bersidang, 177 bahagian berjaya mengadakan persidangan manakala dua bahagian gagal bersidang kerana ketiadaan korum.

Menurutnya, pada pemilihan julung kali diadakan itu, perwakilan turut memilih Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap dan 20 Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

Berikut merupakan keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi bagi penggal 2019-2022:

Pengerusi Tetap: Senator Datuk Mohd Suhaimi Abdullah

Timbalan Pengerusi Tetap: Datuk Hashim Suboh

Pengerusi: -

Presiden: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Presiden: Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Naib Presiden: Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi:

1. Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz

2. Abdul Hakim Gulam Hassan

3. Datuk Zainol Fadzi Paharudin

4. Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid

5. Senator Datuk Razali Idris

6. Datuk Eddin Syazlee Shith

7. Datuk Seri Mustapa Mohamed

8. Wan Saiful Wan Jan

9. Azlinda Abdul Latif

10. Mohd Taufik Yaacob

11. Mohd Rafiq Mohd Abdullah

12. Datuk Seri Lajim Ukin

13. Datuk Suhaili Abdul Rahman

14. Datuk Dr Saharuddin Jamal

15. Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi

16.Mohd Zulkifli Zakaria

17. Mohd Yazid Mohd Yunus

18. Datuk Shahbudin Yahaya

19. Datuk Rosol Wahid

20. Shamsilah Siru


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo