1. Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat agar segera menunaikan hutang. Ia dibimbangi akan menyebabkan perhitungan amalan seseorang tidak akan selesai selagi hutangnya tidak diselesaikan. Sabda Rasulullah:
ŁَŁْŲ³ُ Ų§ŁŁ ُŲ¤ْŁ ِŁِ Ł ُŲ¹َŁَّŁَŲ©ٌ ŲØِŲÆَŁْŁِŁِ ŲَŲŖَّŁ ŁُŁْŲ¶َŁ Ų¹َŁْŁُ
“Jiwa (ruh) seorang mukmin itu akan tergantung disebabkan hutangnya sehinggalah hutang tersebut diselesaikan.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih oleh al-Albani)
2. Apakah yang dimaksudkan dengan ruh tergantung? Menurut al-Imam al-Suyuti, ruh yang tergantung ini adalah ruh yang terkurung sehingga urusan hutangnya diselesaikan. Manakala al-Imam al-Iraqi pula berpandangan, ruh yang tergantung ini adalah:
Ų£Ł Ų±ŁŲ§ Ł ŁŁŁŁ، ŁŲ§ ŲŁŁ ŁŁŲ§ ŲØŁŲ¬Ų§Ų©، ŁŁŲ§ ŁŁŲ§Ł؛ ŲŲŖŁ ŁŁŲøŲ± ŁŁ ŁŁŲ¶Ł Ł Ų§ Ų¹ŁŁŁŲ§ Ł Ł Ų§ŁŲÆŁŁ
“Urusan (kehakiman terhadap) ruh tersebut ditangguhkan, tidak ditentukan samada berjaya atau binasa (kehidupan sesudah matinya) melainkan setelah diperhatikan urusan hutangnya.
3. Menurut al-Imam al-Syaukani pula, hadis ini adalah peringatan yang diberikan oleh Rasulullah kepada kita dan para waris agar menyelesaikan segera urusan hutang si mati.
4. Dalam dalam hadis yang lain pula Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa sekalipun seseorang itu mendapat kedudukan syahid, semua dosanya boleh diampunkan melainkan bab hutang. Sabda Rasulullah:
ŁŲŗŁŲ± Ų§ŁŁŁ ŁŁŲ“ŁŁŲÆ ŁŁ Ų°ŁŲØ Ų„ŁŲ§ Ų§ŁŲÆŁŁ
“Allah mengampunkan semua dosa yang pernah dilakukan oleh seorang yang mendapat mati syahid melainkan hutang.” (Sahih Muslim)
5. Malah Rasulullah mengajar kita agar sentiasa berdoa kepada Allah mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita dalam perkara hutang. Maka amalkanlah doa yang diajarkan oleh Baginda Nabi ini:
Ų§ŁŁَّŁُŁ َّ Ų„ِŁِّŁ Ų£َŲ¹ُŁŲ°ُ ŲØِŁَ Ł ِŁْ Ų§ŁْŁَŁ ِّ ŁَŲ§ŁْŲَŲ²َŁِ ŁَŲ£َŲ¹ُŁŲ°ُ ŲØِŁَ Ł ِŁْ Ų§ŁْŲ¹َŲ¬ْŲ²ِ ŁَŲ§ŁْŁَŲ³َŁِ ŁَŲ£َŲ¹ُŁŲ°ُ ŲØِŁَ Ł ِŁْ Ų§ŁْŲ¬ُŲØْŁِ ŁَŲ§ŁْŲØُŲ®ْŁِ ŁَŲ£َŲ¹ُŁŲ°ُ ŲØِŁَ Ł ِŁْ ŲŗَŁَŲØَŲ©ِ Ų§ŁŲÆَّŁْŁِ ŁَŁَŁْŲ±ِ Ų§ŁŲ±ِّŲ¬َŲ§Łِ
Semoga Allah membimbing kita.
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi
Good sharing. Banyak pengajaran yang dapat dipelajari dari perkongsina ini. Memang betul kita kena clearkan hutang kita semasa kat dunia ni. Nnt dah mati esok susah,,,
ReplyDelete