NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM6.61 bilion projek runding terus zaman PH satu bentuk rompakan?

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia memandang serius pendedahan yang menggemparkan di Parlimen hari ini oleh Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz bahawa sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH), sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan secara ‘direct-nego’ (rundingan terus).

Ini bukan sahaja satu lagi penipuan Bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang selama ini mendakwa PH mengamalkan “tender terbuka” sebagaimana janji manifesto PH, tetapi merupakan suatu bentuk PEROMPAKAN kepada harta rakyat.

Penipuan Guan Eng lebih terserlah apabila Menteri Kanan Datuk Seri Azmin Ali bangun menyanggah beliau di Dewan Rakyat bahawa 101 projek rundingan terus terbabit tidak pernah dibincangkan di Kabinet.

Pemuda UMNO dengan ini mendesak agar pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyiasat perkara ini agar sebarang penyelewengan dapat dibongkarkan buat pengetahuan rakyat.

Pemuda UMNO juga menggesa pihak Kerajaan agar mendedahkan kepada umum senarai 101 projek yang terbabit agar rakyat dapat mengetahui hakikat sebenar rompakan besar sepanjang 22 bulan pemerintahan PH.

Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

24 Ogos 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo