NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM 200 Ribu Kutipan Sumbangan Pertama Malaysia Aid4Lebanon


1. Setinggi kesyukuran ke hadrat Allah Taala kerana dalam pertemuan pertama Sekretariat Malaysia Aid4Lebanon semalam berjaya mengumpulkan RM 200,000 untuk tabung bantuan bencana letupan besar di Beirut.

2. Sumbangan ini telah disampaikan kepada YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang iaitu Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah. Sumbangan dari misi ini akan disampaikan kepada NGO di Beirut dengan kerjasama Wisma Putra.

3. Kami menyeru kepada semua rakyat Malaysia di mana sahaja untuk menunjukkan kebersamaan dengan sama-sama menyumbang kepada ;

Akaun : Tabung Kemanusiaan Antarabangsa
No Akaun :5640 7061 1352 (Maybank)


4. Sebarang maklumat atau pertanyaan juga boleh diajukan kepada NGO-NGO yang berada di bawah Sekretariat Malaysia Aid4Lebanon seperti di bawah atau hubungi Puan Norhafiza (018-385 4483).

5. Terima kasih kepada semua penyumbang dan rakan media yang membantu menyebarkan mesej bantuan misi ini. Doakan supaya usaha kita bersama ini berjaya membantu rakyat Beirut yang dalam kesukaran dan darurat.


Sekretariat Malaysia Aid4Lebanon
11 Ogos 2020

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo