Projek rundingan terus PH termasuk SSLR Fasa 1 bernilai RM1.2 bilion – Fadillah



KUALA LUMPUR – Senarai projek rundingan terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) melibatkan Kementerian Kerja Raya termasuklah Sarawak – Sabah Link Road (SSLR) Fasa 1 bernilai RM1.2 bilion.

Selain itu, ia juga melibatkan dua Pakej Central Spine Road (CSR) Pakej 4A dan 4B bernilai RM808.8 juta, kata Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Selain itu, ia juga melibatkan dua projek sekolah daif di Sarawak bernilai RM27.1 juta dan dua jambatan (Baram dan Lubok Antu) di Sarawak bernilai RM9 juta.

Dua projek telah dikeluarkan Surat Niat (LOI – Letter of Intent) dengan ia telah kita rujuk semula kepada Kementerian Kewangan untuk pembatalan dan penilaian semula perlu dibuat supaya tender terbuka ditawarkan.

Ia melibatkan dua jambatan di Baram dan Lubok Antu, katanya.

“Untuk makluman juga Kementerian Kerja Raya di bawah kerajaan hari ini konsisten dalam menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan PH seperti penamatan perjanjian Rakan Pelaksana Projek (PDP) Pan Borneo.

“Pada masa sama ada juga keputusan untuk rundingan terus yang telah diputuskan oleh pentadbiran kerajaan terdahulu telah dirujuk kembali kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan agensi pusat berkenaan,” katanya.

Sebelum itu, Fadillah berkata, status projek yang telah diberikan kelulusan untuk rundingan terus itu ada yang belum dikeluarkan surat tawaran dan masih dalam perundingan.

Senarai itu didedahkan Fadillah ekoran kenyataannya pada 26 Ogos lalu mengenai wujud projek secara rundingan terus di bawah Kementerian Kerja Raya sewaktu pentadbiran kerajaan PH.

Ia ekoran senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dikeluarkan Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz di Parlimen. – MalaysiaGazette


Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post