NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN Sabah: BN, UMNO Sabah Diberi Kuasa Penuh Terjemahkan Autonomi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Bagi merealisasikan kuasa autonomi yang diberikan kepada UMNO Sabah, maka UMNO Pusat menyerahkan kepada seluruh jajaran kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO Sabah untuk membuat keputusan bagi berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) itu.

Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin selaku Pengerusi BN dan UMNO Sabah akan mengetuai jentera pilihan raya.

“Menjelang PRN Sabah, seluruh jentera BN dan UMNO Sabah telah diarahkan untuk bersiap siaga.

“Memandangkan kuasa autonomi telah diberikan kepada UMNO Sabah maka saya selaku Pengerusi BN dan Presiden UMNO menyerahkan kepada keseluruhan jajaran kepimpinan Sabah menggunakan seluruh kebijaksanaan dan strategi untuk menterjemahkan kuasa autonomi yang telah diberikan,” ujar beliau dalam satu sidang media yang diadakan di Parlimen, hari ini.

Tambah Ahmad Zahid, untuk melaksanakannya maka keputusan-keputusan berikut telah diambil:

1. Datuk Seri Bung Moktar Radin, selaku Pengerusi BN Sabah dan Pengerusi UMNO Sabah untuk mengetuai jentera BN Sabah dan UMNO Sabah bagi menghadapi PRN Sabah.

2. Mengadakan rundingan untuk pembahagian kerusi bersama-sama dengan parti-parti politik di Sabah.

3. Penentuan calon-calon bagi semua kerusi di 73 Dewan Undangan Negeri Sabah, setelah rundingan dimuktamadkan.

4. Memilih seorang Ketua Menteri dalam kalangan ADUN apabila mendapat kemenangan dengan majoriti mencukupi bagi pembentukan Kerajaan Negeri Sabah yang baharu.

“Demi menghormati kuasa autonomi yang diberikan, saya dengan ini memberi kepercayaan bagi pelaksanaan keempat-empat keputusan berkenaan kepada BN Sabah dan UMNO Sabah agar menggunakan sepenuh kebijaksanaan, rundingan dan kompromi bagi merealisasikan nya,” ujar beliau lagi. – UMNO ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo