NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH Tidak Tubuh RCI TH Elak Pendeposit Lari, Lancar Pemulihan - Mujahid

SINAR PM: Isu TH: Mujahid cabar Abdul Azeez debat - YouTube

PETALING JAYA: Mujahid Yusof Rawa menjelaskan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak menunaikan manifestonya untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat penyelewengan pengurusan Tabung Haji (TH) terdahulu kerana ingin memastikan pelan pemulihan agensi itu berjalan lancar.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal agama itu berkata, ketika dilantik ke jawatan berkenaan pada Mei 2018 beliau terlebih dulu meneliti laporan Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengesahkan berlaku defisit RM4.1 bilion pada 2017.

“Saya kemudian mendapat penilaian ke-2 daripada PricewaterhouseCoopers (PwC) yang mengesahkan memang berlaku defisit yang semakin membengkak kepada RM10 bilion pada penghujung Disember.

“Kalau buat RCI apa jadi dengan pendeposit? Mereka akan lari dan panik. Kita tidak boleh buat mereka panik ketika kita sedang laksanakan proses pemulihan,” katanya pada dialog berani bersemuka yang turut membabitkan bekas pengerusi TH, Abdul Azeez Rahim anjuran Sinar Harian malam ini. - FMT


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo