NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dana Kad Sejahtera masih berbaki 9.5 juta

Image may contain: 1 person, text that says 'astro AWANI FB DR. ALIAS RAZAK'

KUALA TERENGGANU, 12 Ogos -- Keengganan klinik swasta menjadi klinik panel Program Kad Sejahtera serta kurangnya kesedaran rakyat akan program itu dikenal pasti sebagai antara faktor inisiatif kerajaan Terengganu tersebut dilihat kurang mendapat sambutan, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata sejak dilancarkan pada Julai tahun lepas, hanya kira-kira  30 klinik swasta menyertai program tersebut.

"… jumlah penyertaan klinik swasta juga masih kurang, mungkin sebab mentaliti yang menganggap bayaran kerajaan nanti lambat dan ambil masa tiga atau empat bulan, jadi tidak banyak yang mahu jadi klinik panel program ini,” katanya menjawab soalan tambahan Wan Hapandi Wan Nik (PAS-Sura) hari ini.

Menjawab soalan asal Wan Hapandi, beliau berkata setakat 2019, seramai 12,126 orang mempunyai Kad Sejahtera yang membolehkan mereka membuat tuntutan bayaran bil sehingga RM500 setahun di klinik swasta terpilih.

Menurut Alias, bagi tempoh September hingga Disember 2019, jumlah tuntutan yang dibuat oleh pemilik Kad Sejahtera ialah RM364,388.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM10 juta untuk program itu dengan anggaran 20,000 penerima manfaat setahun.

-- BERNAMA


 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo