NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu premis judi: Penerima rasuah ditangkap, pemberi rasuah apa jadi? – Masridzi Sat

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Naib Pengerusi Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (PEMBELA), Ustaz Masridzi Sat hari ini menegaskan pihak berkuasa sepatutnya turut menahan pemberi rasuah kepada pihak berkuatkuasa dalam isu premis judi di Sungai Buloh.

Beliau berkata demikian selepas memberi keterangan di Bukit Aman, hari ini. “Kepada pihak Polis Diraja Malaysia, rakyat telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana tangkapan baru-baru ini hanya melibatkan penguatkuasa yang menerima rasuah tetapi pemberi rasuah terlepas seolah-olah duit rasuah itu datang dari alam ghaib, “Kita berharap kecekapan PDRM, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dapat menangkap pemberi rasuah serta dalangnya,” kata Masridzi dalam sidang media di hadapan Bukit Aman, hari ini. Beliau menambah, menangkap penguatkuasa yang menerima rasuah sahaja tidak dapat menyelesaikan isu dan masalah yang dihadapi. “Selagi penerima rasuah sahaja ditangkap, masalah tak akan selesai dan ianya akan terus berlaku, “Kita mahukan kerajaan baharu hari ini dapat melakukan yang terbaik untuk menahan mereka (pemberi rasuah) dan terus didakwa,” tegasnya. Pada masa yang sama, Masridzi menjelaskan beliau hadir memberi keterangan di Bukit Aman pada hari ini adalah berkenaan dengan isu pembongkaran premis judi haram di Sungai Buloh. “Saya hadir untuk beri keterangan berkenaan Sungai Buloh, tiada kaitan dengan isu keterangan Asri Janggut,” jelasnya kepada wartawan. Beliau tiba di Bukit Aman pada pukul 2.30 petang dan memberikan keterangan selama 1 jam. Isu premis judi di Sungai Buloh mendapat perhatian berikutan pembongkaran oleh seorang peniaga tempatan. Lantaran daripada pembongkaran tersebut, pihak penguatkuasa termasuk pihak berkuasa tempatan telah melancarkan operasi bersepadu di Sungai Buloh. Selain daripada itu, beberapa orang penguatkuasa tempatan yang dipercayai menerima wang rasuah melindungi pusat judi terbabit telah ditahan reman. – airtimes.my

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo