PH masih merasakan mereka mempunyai sokongan rakyat - Che Abdullah

Datuk-Che-Abdullah-Mat-Nawi
TANJUNG MALIM - Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim perlu menggunakan peluang Pilihan Raya Kecil (PRK) ini untuk menunjukkan bahawa pemilihan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu adalah satu kesilapan.

Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, pada masa ini pemimpin-pemimpin politik khususnya pembangkang masih merasakan mereka mempunyai sokongan rakyat.

"Tetapi sebenarnya tidak ada pilihan raya, jadi rakyat tak boleh nak tunjuk yang mereka ini silap buat pilihan masa pilihan raya lalu dan mereka ini pun dah ada di Parlimen, jadi tak boleh nak buat apa-apa.

"Di sini ada pilihan raya, rakyat dan pengundi di sini diberi peluang untuk mewakili rakyat Malaysia menunjukkan sokongan kepada Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional, sokongan yang kuat ini diharapkan sampai dapat menghilangkan deposit calon-calon Bebas yang lain," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, dalam mana-mana pilihan raya pun, keutuhan parti yang menjadi wadah perjuangan calon, bukan bersandar kepada kekuatan calon semata-mata.

Sebagai contoh katanya, Parti Amanah Negara (Amanah), apabila bersama DAP mereka memperkuatkan perjuangan DAP, bukan lagi perjuangan yang dibawa ketika bersama Pas.

"Parti politik itulah yang menentukan pendirian calon-calon ini dan Pas akan membantu sebaik-baiknya calon yang berpakat dengan kita walaupun calon itu sendiri bukan daripada Pas," katanya.

Terdahulu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan itu menghadiri program Santai Peladang anjuran Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan Pertubuhan Peladang Kawasan Slim River di Kampung Changkat Sulaiman, di sini. - SH

Share What You Think About This Post!
Share What You Think About This Post!

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post