NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Chromecast Kini Menyokong Panggilan Telesidang Google Meet

Google Meet adalah perkhidmatan panggilan telesidang terbaru dari Google. Google sejak kebelakangan ini memberikan fokus penuh kepada Google Meet sehinggakan ada ura-ura mengatakan Google mungkin akan mematikan Google Duo. Google Meet bukan seperti banyak perkhidmatan telesidang lain, ia padat dengan ciri dan fungsi menarik, serta boleh diintegrasi dengan banyak perkhidmatan Google lain.



Selepas memperkenalkan sokongan Google Meet pada paparan pintar dua bulan lepas, Google mengembangkan lagi sokongan ini kepada Chromecast pula. Mana-mana peranti yang menyokong Chromecast, seperti Chromecast itu sendiri, televisyen pintar dengan Chromecast terbina atau paparan pintar dengan Chromecast terbina boleh menggunakan Google Meet ini. Fungsi ini terhad kepada pengguna Google Chrome pada komputer sahaja, yang mana akan menggunakan kamera dan mikrofon komputer. Sesi telesidang akan dicast ke televisyen atau paparan untuk pandangan yang lebih luas.

Misalnya, ada temu ramah ingin dilakukan dan ingin pelajar atau para pekerja saksikan – fungsi ini akan memanfaatkan pengguna. Menurut Google salah satu sebab kenapa ia diperkenalkan adalah kerana Covid-19, yang menyebabkan ramai bersekolah dari rumah atau sebagainya – dan ini adalah alternatif untuk pengguna bertemu dengan guru atau pensyarah atau juga pelajar lain.


Sumber: https://amanz.my/2020247505/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo