NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Muntah Tidak Membatalkan Wuduk



SOALAN :

Seorang kawan saya ada memberitahu yang muntah menyebabkan wuduk kita batal. Katanya dia mengetahui perkara itu setelah membaca sebuah buku tentang solat.

Mohon penjelasan ustaz sebab setahu saya muntah tidak menyebabkan wuduk kita batal.

JAWAPAN :

Di antara perkara yang membatalkan wuduk ialah keluar sesuatu dari kemaluan hadapan atau belakang. 

Oleh itu jika keluar suatu dari selain kemaluan seperti keluar muntah melalui mulut atau keluar air melalui hidung atau keluar darah melalui telinga adalah tidak membatalkan wuduk.

Telah berkata Imam Nawawi :

ŁˆŁ…Ų°Ł‡ŲØŁ†Ų§ انه لا ŁŠŁ†ŲŖŁ‚Ų¶ Ų§Ł„ŁˆŲ¶ŁˆŲ” بخروج Ų“Ų¦ من غير Ų§Ł„Ų³ŲØŁŠŁ„ŁŠŁ† ŁƒŲÆŁ… الفصد ŁˆŲ§Ł„Ų­Ų¬Ų§Ł…Ų© ŁˆŲ§Ł„Ł‚Ų¦ ŁˆŲ§Ł„Ų±Ų¹Ų§Ł سواؔ قل Ų°Ł„Łƒ أو كثر ŁˆŲØŁ‡Ų°Ų§ قال ابن عمر ŁˆŲ§ŲØŁ† Ų¹ŲØŲ§Ų³ ŁˆŲ§ŲØŁ† أبي Ų§ŁˆŁŁ‰ وجابر وابو Ł‡Ų±ŁŠŲ±Ų© وعائؓة ŁˆŲ§ŲØŁ† Ų§Ł„Ł…Ų³ŁŠŲØ ŁˆŲ³Ų§Ł„Ł… بن Ų¹ŲØŲÆ الله بن عمر ŁˆŲ§Ł„Ł‚Ų§Ų³Ł… ابن Ł…Ų­Ł…ŲÆ وطاوس وعطاؔ ŁˆŁ…ŁƒŲ­ŁˆŁ„ وربيعة ŁˆŁ…Ų§Ł„Łƒ وابو ثور وداود قال Ų§Ł„ŲØŲŗŁˆŁŠ ŁˆŁ‡Łˆ Ł‚ŁˆŁ„ أكثر الصحابة ŁˆŲ§Ł„ŲŖŲ§ŲØŲ¹ŁŠŁ† ŁˆŁ‚Ų§Ł„ŲŖ طائفة يجب Ų§Ł„ŁˆŲ¶ŁˆŲ” ŲØŁƒŁ„ Ų°Ł„Łƒ ŁˆŁ‡Łˆ مذهب أبي Ų­Ł†ŁŠŁŲ© ŁˆŲ§Ł„Ų«ŁˆŲ±ŁŠ ŁˆŲ§Ł„Ų§ŁˆŲ²Ų§Ų¹ŁŠ ŁˆŲ£Ų­Ł…ŲÆ ŁˆŲ§Ų³Ų­Ų§Ł‚

Artinya : “Bermula pendapat mazhab kami sungguhnya tidak membatalkan wuduk dengan keluar suatu dari selain kemaluan hadapan dan belakang seperti darah orang berbekam dan muntah dan berdarah hidung samada sedikit yang demikian itu atau banyak. Dengan inilah berkata Ibnu Umar dan Ibnu Abbas dan Ibnu Abi ‘Aufa dan Jabir dan Abu Hurairah dan Aisyah r.a. dan Ibnu Musayyab dan Salim bin Abdullah bin Umar dan Al-Qasim bin Muhammad dan Thawus dan Atha’ dan Makhul dan Rabi’ah dan Malik dan Abu Tsur dan Daud.
Dan telah berkata Al-Baghawi  ialah pendapat kebanyakkan para sahabat dan tabi’in. Dan berkata satu kumpulan wajib berwuduk dengan sekelian yang tersebut itu dan ialah mazhab Abu Hanifah dan As-Tsauri dan Al-Auza’I dan Ahmad dan Ishaq.” (Kitab Al-Majmu’ Sharah Al-Muhazzab)

KESIMPULAN

Muntah tidak membatalkan wuduk samada banyak atau sedikit dan samada sengaja atau tidak.

wallahua’lam 
ustaz azhar idrus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo