NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kluster Sivagangga : Pekedai Gagal Rekod Kehadiran Pelanggan


Sehingga 3 Ogos 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak 425 orang telah disaring. Daripada jumlah ini:
• 21 kes dikesan positif COVID-19;
• 362 negatif; dan
• 42 kes masih menunggu keputusan.

Kes indeks Kluster PUI Sivagangga merupakan seorang pemilik kedai makan yang telah pulang ke Malaysia dari India dan diberi arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (Home Surveillance Order – HSO). Namun demikian, beliau didapati tidak mematuhi syarat-syarat perintah tersebut.

Ketidakpatuhan ini telah menyebabkan penularan jangkitan COVID19 yang meluas dalam kluster ini. Penularan ini telah dikenalpasti melalui aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif (Active Case Detection) yang dijalankan oleh Kerajaan.

Namun begitu, Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri turut menghadapi beberapa cabaran dalam menjalankan sepenuhnya aktiviti pengesanan kontak rapat. 

Ini kerana kedai makan yang terbabit didapati tidak menggunakan aplikasi MySejahtera mahupun merekod kehadiran serta suhu badan pelanggan-pelanggan di kedai makan ini. 

Pada hari ini, satu (1) kes baharu telah dilaporkan dalam kluster ini (iaitu kes ke-9000), di mana beliau merupakan seorang pelanggan tetap kedai makan tersebut. 

Beliau telah menjalani saringan COVID- 19 kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta pada 27 Julai 2020 dan keputusan saringan Rapid Test Kit Antibody didapati negatif. 

Pada 31 Julai 2020, beliau mula mengalami gejala demam dan batuk namun tidak menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Klinik Kesihatan terdekat untuk rawatan segera. Hanya satu (1) hari kemudiannya, iaitu selepas penglibatan dalam aktiviti-aktiviti semasa Hari Raya Aidiladha, kes telah memaklumkan bahawa beliau merupakan kontak rapat kepada kes indeks. 

Susulan itu, saringan dijalankan dengan menggunakan ujian RT-PCR dan kes didapati positif COVID-19. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. 

Mengambil iktibar daripada kes ini, KKM ingin mengingatkan masyarakat supaya tidak menyimpan atau merahsiakan sebarang maklumat penting seperti sebarang kontak dengan kes-kes positif COVID-19 atau maklumat yang berkenaan daripada pihak berkuasa. 

Orang ramai sewajarnya tampil ke hadapan sekiranya berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan kes positif COVID-19. 

Ini adalah tanggungjawab sosial yang perlu wujud dalam diri setiapindividu agar kita dapat sama-sama membendung penularanjangkitan COVID-19.

KKM juga menggesa semua majikan, peniaga, syarikat atau pemilik premis untuk mendaftar dengan aplikasi MySejahtera melalui laman sesawangnya. Seperti yang telah diumumkan YB Menteri Kanan(Kluster Keselamatan) dalam sidang media beliau sebentar tadi, Kerajaan telah mewajibkan penggunaan aplikasi ini di semua premis bagi memudahkan proses pengesanan kontak rapat kes positif COVID-19.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo