NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Abaikan saman pelitup muka sekiranya anda disaman di dalam kenderaan persendirian.


Kuala Lumpur : Dalam taklimat media hari ini, Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa polis akan membatalkan saman yang telah dikeluarkan kepada rakyat Malaysia yang gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam kereta mereka. 

Menteri kanan itu menyatakan bahawa beberapa individu didenda secara salah semalam, kerana tidak memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian.

Memetik ucapan beliau petang tadi sebagai berkata, "Saya telah membincangkan perkara ini dengan pihak polis, dan mereka akan membatalkan saman tersebut. Sekiranya ada yang telah membayar saman berkenaan, mereka dapat menuntut kembali pembayaran berkenaan."

Semalam, seorang netizen telah menulis bahawa keluarga mereka telah dikenakan saman sebanyak RM3,000 setelah mereka didapati bersalah tidak memakai topeng ketika berada di sekatan jalan raya Kota Tinggi.

Bagaimanapun, Ismail Sabri tidak menyatakan dengan tepat berapa banyak orang yang dikenakan denda.

-- 1Media

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo