NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Diskaun Saman JPJ / AES / SPAD Sehingga 70% Sepanjang Ogos 2020


Bagi anda yang masih mempunyai saman tertunggak, anda boleh menikmati diskaun 70% saman JPJ / AES / SPAD bermula 1 Ogos ini.

Diskaun saman ini bersempena bulan Kemerdekaan Negara untuk semua saman boleh kompaun yang dikeluarkan oleh JPJ dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Tawaran yang bermula 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos 2020 ini diberikan kepada semua saman yang dikeluarkan bagi kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987(Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (Akta 334), Akta Pengangkutan Awam Darat (Akta 715) serta Kaedah-kaedah dan Perintah-perintah dibawahnya, termasuk kes yang masih dalam tindakan senarai hitam.

Sebanyak 70% pengurangan ditawarkan berdasarkan kepada kadar kompaun semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Pengurangan saman ini akan dilaksanakan di semua pejabat JPJ (Negeri, cawangan dan UTC) serta saluran pembayaran lain JPJ seperti Portal mySIKAP JPJ, Kiosk JPJ dan JPJ Mobile.

Bagi kesalahan yang telah disenarai hitam, orang ramai dikehendaki untuk hadir ke pejabat JPJ cawangan ataupun negeri bagi proses dokumentasi sebelum urusan pembayaran dapat dilakukan.

Diskaun saman ini diumumkan secara rasmi oleh Menteri Pengangkutan melalui Facebook rasmi JPJ petang tadi.

Bagi anda yang nak semak saman JPJ / AES, anda boleh layari portal rasmi JPJ di https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman

Semakan saman boleh dibuat menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor plat kenderaan.


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo